Saturday, July 14, 2012

Puding Roti Coklat Sos Kastard





sedap suami adik dan adnk2 suka..tapi maaf lah yer sy potong ms tgh pns jd rupa xcun..he3 sbbnyer ank2 beria suh potong nk mkn sgt katanya..
sumber:-Resepi Bonda

PUDING ROTI COKLAT CHIPS


Bahan A:

600 ml susu perisa coklat-dlm kotak
8 keping roti putih
Butter secukupnya utk disapu pada roti

Bahan B:
5 sudu besar gula halus
2 sudu besar milo
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam
Coklat chips secukupnya-sy xguna sbb xder

SOS KASTAD
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
(sos ni sy buat stail sy..1 tin susu cair 1 tin air,2 sb tepung kastard,2sb gula dan 1 st esen vanilla)
*Kalau nak pudding roti agak kering masak la lebih lama dalam oven dan kalau nak lebih manis tambah la gula lagi

Cara memasak :

1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar . Sapu setiap keping roti dengan butter secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai . Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis dan coklat chips secukupnya pada pemukaan roti . Ulang susun sampai habis roti dan tabur pemukaan paling atas dengan coklat chips dan kismis.
2. Kemudian tuangkan susu coklat ke dalam loyang dan biar roti rendam selama 1/2 jam.
3. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.








2 comments:

  1. Sedapnya...ni yang Rahel suke ni...nyum nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yummy lm xwat bl buka sml blog adoiii terus lapor..

      Delete