Monday, April 1, 2013
Apple Crumble
Bahan-bahannya
5 biji epal merah/fuji epal1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 sudu besar gula perang
Cara-cara:
Gaul sebati semua bahan dan ketepikan
Bahan Crumble:
1 cawan tepung gandum
80gm butter sejuk - didadu kecil
1 sudu besar gula perang
1/2 cawan nestum
sedikit garam
Cara-cara:
Gaul ramas semua bahan sehingga menjadi breadcrumbs. Glisskan loyang 8"x8"x3" dengan butter. Letakkan bahan-bahan filling dalam loyang tersebut kemudian di tabur rata-rata crumbles di atasnya. Bakar selama 35min pada 175 C. Sedia di hidang dengan kastard atau aiskrim vanilla.
#Dalam resepi ini tidak ada adunan pastri di bawah. Tapi saya sertakan adunan pastri yang saya agak-agak sahaja sebab kalau tak letak pastri tak best..
Bahan untuk pastri:
tepung gandum
minyak masak
garam
Cara-cara:
Gaul semua bahan sehingga menjadi doh dan terapkan di dalam loyang. Kemudian letakkan filling dan crumbles.
Kastard vanilla:
1 tin susu cair
1 tin air
2 sudu besar tepung kastard
4/5 sudu besar gula
1 penutup esen vanilla
Cara-cara:
Satukan semua bahan-bahan dalam periuk dengan api yang perlahan sehingga pekat. Hidangkan dengan apple crumble.
Labels:
Crumble
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment