Sunday, January 29, 2012

KEK PISANG MARBLE SUSU




Kek pisang marble susu

Bahannya

2 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
1/2 sk soda*
ayak semua bahan bertanda
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
secubit garam
sedikit esen vanilla
3 biji telur
sedikit coklat emulco @serbuk koko


lenyek pisang dengan garam dan ketepikan..kemudian pukul telur bersama gula hingga kembang..setelah kembang masukkan pisang lenyek bersama minyak masak dan kacau sebati..selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen..kacau sebati guna senduk..ambil kira2 2 senduk adunan tepung dan campurkan dengan coklat emulco @ serbuk koko..kacau sebati dan ketepikan..loyang di sapu butter @ minyak..tuang adunan asal sesenduk dan adunan coklat sesenduk..ulang proses hingga habis dan kemudian lorekkan..bakar kek pada suhu 170 darjah cel selama 60 minit @ hgga kek masak..

No comments:

Post a Comment