Sunday, November 10, 2013

Apam coklat




Resepi ni saya gandakan tau..

Sumber :- Zanavilla blogspot

Apam coklat 

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1 bj telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko
Cara-Cara:-
  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
  3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Mudahkan...!

Tuesday, November 5, 2013

Kek Mentega Coklat



Sumber resepi:=Noraslinda bugal

Kek Mentega coklat

BAHAN-BAHAN
250 gram butter
250 gram gula kastor
5 biji telur Gred A
1 sudu teh esen vanilla
250 gram tepung naik sendiri*
50 gram serbuk koko*
(Satukan bahan2 bertanda * dan ayak)

CARA-CARA MEMBUATNYA
Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.Pukul lagi
Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko
Tuang adunan ke dalam loyang yg dialas baking paper dan gris sekeliling
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak suhu 180'c,saya guna api atas bawah
Bila kek dah masak,keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai selama 10 minit,kemudian terbalikkan ke kedudukan asal

Friday, October 18, 2013

Kasih



Kasih
Ku lukiskan wajahmu di dada sutera
ku lakarkan memori indah
ku nyanyikan lagu rindu
ku bacakan puisi syahdu
ku bajai kelopak rindu
ku sirami api cemburu
dan ku simpulkan ikatan cinta

Andainya kau di sisi ku
akan ku luahkan segala kesakitan
dan kerinduan ini
Andainya hatimu berdegup resah
itulah tanda aku merinduimu

Saturday, September 28, 2013

Hari lahir yang 31


Assalamu'alaikum w.b.t. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..Alhamdulillah..bersyukur pada yang maha esa...kerana diizinkan lagi olehNya untuk aku bernafas di bumi yang indah ini..Hari ini buat pertama kalinya saya menyambut ulang tahun kelahiran di luar..Terkejut juga suami tersayang bawa kami anak beranak ke secret recepi..

Tahun ini ku rasakan amat bermakna sekali..Syukur kehadrat Allah kerana telah menganugerahkan   aku segala-galanya yang lebih berbanding dari orang lain dan di dalam diri aku sesunggguhnya Allah ciptakan dengan penuh kasih sayang dan penuh keistimewaan..Syukur kepada Mu Ya Allah..Aku bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang KAU  kurniakan buat  hambaMu yang penuh dengan kelalaian ini. Tiada yang lebih indah melainkan merindui kasih sayang dan cintaMu tapi hambaMu ini lemah Ya Allah maka kau pimpinlah aku Ya Allah..Pandanglah aku yang hina ini supaya aku dapat berdiri setaraf dengan orang lain, bergerak sederap dengan orang lain dan duduk setara dengan insan-insan yang kau cintai..

Terima kasih abang..Ayang hargai segalanya..


Sunday, September 8, 2013

Pandan Bread Puding




BAHAN2:
1 cwn Gula
cwn Santan
2¼ cwn Air Daun Pandan Juice (blend 8 helai dgn air & tapis) 
2 sb Butter
3 bj Telur
1/2 st Garam
1 sb Pes Pandan 
14 keping (520g) Roti -potong kecil

CARA2:
1. Blend kesemua bahan, kecuali roti, sehingga sebati.
Tuangkan ke atas roti & rendam sebentar selama 5 minit.
2. Tuangkan 1 sb minyak ke dlm tin & panaskan di dlm oven.
Ramas adunan tadi & tuangka ke dlm tin.
3. Tabur biji bijan & bakar 180C selama 1 jam.

Wednesday, June 12, 2013

Ayam Madu Bijan



Bahan-bahannya
  • 3 keping dada@peha ayam boneless/1/2 ekor ayam potong kecil
  • *1 sudu makan kicap cair - hana gune syouyu
  • *1 sudu makan cuka
  • *1/2 sudu makan minyak bijan
  • *1 sudu kecil gula
  • *garam dan lada sulah
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras@tepung jagung
Utk Sos
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2-3 sudu makan madu - terpulang manis masing2
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1/4 cawan air
  • bijan sangai - utk tabur
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda *. Perap paling kurang sejam.
  • Panaskan minyak. Masukkan tepung gandum dan juga tepung jagung@beras ke dalam perapan ayam. Gaul.
  • Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  • Utk membuat sos - Satukan semua bahan. Masak di atas kuali sehingga agak pekat.
  • Masukkan ayam dan gaul rata. Taburkan bijan dan sedia dihidang dengan nasik putih panas.

Tuesday, May 28, 2013

Sup kentang bersama cheese



Assalammua'laikum sahabat blog2 ku semua..Sudah lama tak mengupdate blog hari ini berpeeluang untuk mengupdate 1 resepi yang ku cuba dari rancangan Giada at home gara-gara suami yang tertarik dengan resepinya dan terus mengajak ku untuk membeli barang-barangnya..Memang tak disangka sedap juga walau pertama kali ku cuba sup yang macam ni..Cubalah kawan-kawan..Saya sertakan resepinya di bawah

Sup kentang bersama cheese

4 biji kentang-di buang kulit dan di dadu
3 ketul dada ayam-di rebus dan carik-carikkan
1 biji bawang besar-di racik
4 ulas bawang putih-di racik
secubit tyhme
secubit rosemary
cream cheese mascarpone
garam secukup rasa
lada hitam yang dah di blend halus
stock ayam
1 sb daun selasih


Caranya

Tumis bawang besar bawang putih hingga naik bau..Masukkan garam dan lada hitam..Gaul rata..kemudian masukkan stock ayam dan kentang..Masak hingga kentang lembut..Masukkan tyhme,rosemary dan selasih..(rasa dulu garamnya cukup x)..Kemudian blend halus bahan2 yang dah masak tadi..Masukkan cream mascarpone tadi dan blend lagi..masukkan dalam bekas dan letak ayam carik-carik tadi..Dah sedia di hidang bersama dengan roti yang kita bakar..

*cream mascarpone ni sy guna 1 bekas kecil sahaja..saya ikut 100% resepi dari rancangan ni dengan gunakan minyak zaitun(sanggup beli tu..hik3)..