Sunday, January 6, 2013
Kek mentega coklat
Kek mentega coklat
Bahannya
180 g mentega
420g gula-yang ni saya hanya guna 220 g tu pun masih rasa manis
3 biji telur saiz A
(A)
1 tsp nescafe
1 tsp coklat emulco
1 tbsp air panas
1 tbsp esen vanilla
(campurkan)
(B)-ayak bersama
240 g tepung gandum
60 g serbuk koko
1/2 tsp garam
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 1/3 cwn susu cair
caranya
Pukul mentega dengan gula hingga gebu..Kemudian masukkan telur satu persatu dan putar lagi sampai kembang..Masukkan bahan A dan di pukul lagi..Kemudian masukkan bahan B berselang seli dengan susu cair..Putar sampai adunan rata..Masuk dalam loyang yang telah di gris dan bakar pada suhu 165 darjah selama 45 minit bergantung pada oven masing-masing..
Monday, December 24, 2012
Jelatah
Jelatah
BAHAN-BAHAN :
Sebiji timun - dipotong
Sebiji nenas - dikupas dan dipotong
Sebiji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong kecil-kecil
Garam , gula dan secukupnya
saya ada tambah sos cili-agak2 je
bijan yang di sangai
(sy tak letak cuka sebab mak saya kata nanas tu pun dah ada rasa masam dia)
CARA MEMASAK :
Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra . Mudah je nak buat jelatah ni
Nasi jagung
Nasi jagung
Bahannya
*4 cawan beras, basuh bersih dan rendam selama 1/2 jam, dan toskan.
*4 cawan air biasa
*1 cawan susu sejat-saya guna santan
250 gram jagung segar dihiris
1 helai daun pandan disimpul
2 batang serai dititik-sy xguna
2 sudu besar marjerin
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumis:
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Untuk hiasan: bawang goreng
Caranya
- Panaskan marjerin di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis sehingga bawang kekuningan dan terbit bau.
- Alihkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi di dalam rice cooker. Masukkan 4 cawan air, susu sejat, jagung, daun pandan, serai, garam, dan gula. Kacau rata dan masak sehingga air mendidih.
- Kemudian masukkan beras dan kacau rata. Masak seperti memasak nasi biasa.
- Selepas nasi masak, gembur dan taburkan bawang goreng.
Daging masak hitam
Daging masak hitam
bahannya
500 gram daging
1 biji bawang besar-hiris bulat
50 gram kerisik
garam,gula dan perasa-saya tak guna gula sbb dlm kicap manis dh manis kan
bahan perap
10 tangkai cili kering-saya guna 2 sudu besar cili kisar
2 biji bawang merah-saya guna separuh bawang besar krn bawang besar lebih manis dari bwg merah
1 ulas bawang putih-saya guna 3 ulas
1/2 inci halia
kesemua bahan ini hendak lah di kisar
*1/2 sk ketumbar
*1/2 sk jintan manis
*1/2 sk jintan putih
*1/2 sk lada hitam
bahan yang bertanda * sangai dan blender halus..guna blende yg khas utk blender bahan2 ni..
1 sb sos tiram-saya guna 3 sb
1 sb sos cili-saya tak guna sbb xde mls nk ke kedai hehehe
1 sb soso tomato-sama juga saya x guna
3 sb kicap pekat manis-saya guna 6 sb dan jenama ABC
gula merah secukupnya
*caranya*
perap daging bersama bahan perapan selama 30 minit(saya perap selama 3 jam)..panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu..masukkan daging perap tadi dan kacau sebati..masukkan air untuk melembutkan daging..setelah daging lembut masukkan kerisik dan gaul rata..perisakan daging..masak sehingga kuah agak pekat dan agak kering..sedia di hidang..
*masa perap saya dah perisakan siap2 daging..saya guna garam hanya secubit sebab sos tiram pun dh ada garam..saya x letak gula putih dah sbb kicap pekat ABC dh manis dan dh ada gula merah..mmg sm rsnya mcm daging hitam ibu saya..selamat mencuba pd kwn2 semua..
Pavlova mocha coklat chip
Resepi ni saya dapat hasil dari rancangan Giada at home channel 727..Pertama kali tengok dia buat dah menarik minat saya untuk mencuba alhamdulillah saya buat ni hari tu juga habis licin suami siap menjilat pinggan lagi..Bangga nampak keadaan semua tu..
Pavlova mocha coklat chip
4 biji putih telur
1/2 cwn gula castor
1 sb vanilla
1 sb mocha paste
1 cwn coklat chip
1 sb tepung jagung
Caranya
Pukul putih telur kembang masukkan gula dan pukul hingga menjadi merigue..Kemudian masukkan vanilla dan mocha paste sambil di pukul lagi..Kemudian masukkan tepung pukul sebati..Matikan mixer..Masukkan coklat chip gaul perlahan dengan sudip..Kemudian letak adunan di atas kertas baking paper ikut kreativiti masing2 dan bakar pada suhu 170c selama 1 jam..@ hingga masak ikut oven masing2 ye..
Bahan hiasan
buah-buahan
whip cream
coklat
Caranya
Pukul kental whip krim dan hias ikut kreativiti masing-masing..
Kek keju lapisan coklat
Kek ni saya buat sempena ulangtahun perkahwinan saya dengan hari lahir suami saya..Walau tak berapa nak cun tapi rasa dia adoiiii suami,anak2 buah biras dengan abang ipar ulang2 makan..Tak caya cuba lah ye..
Kek keju lapisan coklat
Bahannya
1 biji kek span coklat-saya buat sendiri-hiris 2 bahagian
Bahan inti keju
250 gm keju krim-sy guna 500 gm
80 gm gula castor-sy gn 100 gm
100 gm coklat masakan-cairkan dengan cara double boiled
250 gm krim putar
50 ml air
15 gm gelatin halal-saya guna 2 sudu besar+air panas sikit
Caranya
Inti keju
Krim putar di pukul hingga kembang dan gebu..Simpan dalam peti sejuk..
Pukul krim keju dan gula hingga berkrim..Masukkn krim putar dan coklat masakan..Pukul sebati adunan tersebut..Masukkan gelatin ke dalam adunan pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati..
Letakkan 1 lapisan kek coklat pada dasar tin springform bulat..Tuangkan adunan keju dan tutup dengan lapisan kek ke 2..
Bahan topping
whip cream non dairy-saya guna jenama value pride
parutan chparutan cheddar
parutan coklat
Hias ikut kreativiti masing2 ye..
maaf ler sbb xpndi lagi nak hiris kek..hik3
Sunday, December 23, 2012
Chocmilo creep
Resepi ni saya ambil dari page jom masak..Memang sedap buat macam ni..Tak percaya cubalah..
Chocmilo creep
Bahannya
100 gm tepung gandum
100 gm tepung ubi
50 gm tepung kastard
50 gm tepung jagung
200 ml susu cair-saya guna susu anak je
600 ml air biasa
4 biji telur gred A
5 sb gula
5 sb minyak masak
2 sb serbuk koko
1 st choc emulco-saya xbuh sbb xde
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna brown-saya tak buh juga
Filling
Fresh cream secukupnya-di pukul kental
choc spread/sos choc..sy guna jenama harshey
milo
Caranya
Satukan semua bahan godek-godek dengan whisk hingga sebati dan larut tapis dan dadarkan pada non stick pan..Buat hingga selesai semuanya..
Bila dah selesai ambil sekeping terbalikkan yang masak garing di biarkan di ats maksudnya biar dia jd bahagian dalam..Kemudian pipekan cream lepas tu choc spread pastu milo choc pread milo last sekali cream..Lipatkan kulit cam durian creepe tu..Dah boleh ngap..Memang lembut walau dalam peti kulitnya ni..Thanks pd tuan punya resepi.
Subscribe to:
Posts (Atom)