Monday, August 22, 2011

PUDING ROTI PELANGI


PUDING ROTI PELANGI

by Nik Norsyella Asyekin on Friday, May 13, 2011 at 8:55pm
20 gm agar2
                  6 keping roti
                  6 sudu besar susu pekat
                  1 tin susu cair
                   2 biji telur
                   1/2 cawan gula
                   1 sudu teh pewarna hijau
                    1 sudu teh pewarna merah
                    1 sudu teh pewarna kuning
                    1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:- 1-Masak agar2 sehingga hancur dan masukkn gula.

                         2-kisar roti bersama susu cair dan susu pekat
                         3-kemudian masukkn telur dan kisar lagi
                         4-masukkn esen vanilla
                         5-masukkn bahan kisar ke dalam adunan agar2 tadi dan kacau hingga sebati dan pekat..
                         6-sesudah itu bahagikan kepada 3 bahagian iaitu hijau,merah,kuning dan yang asli.
                         7-masukkn adunan berwarna ini secara berselang seli ke dalam adunan asli.sejukkan..

ASAM PEDAS


bahan-bahannya

4 ekor ikan kerisi
lengkuas
halia
serai-dititik
daun kesom
3 kuntum bunga kantan
belacan
2 biji bawang besar
5/6 ulas bawang putih 
air asam jawa (ikut suka nak banyak mn)
cili kisar dalam 2 senduk nasi
terung
tomato
daun kesom

cara-caranya

kisar bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas dan belacan dan tumis bahan yang telah di kisar hingga naik bau.selepas itu masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan pecah minyak.selepas itu masukkan air asam jawa,bunga kantan,ikan serbuk perasa dan garam..akhir skl setelah ikan masak masukkn terung tomato dan daun kesom.

*Boleh di ganti dengan bendi.macam saya guna terung dan tomato sebab ada banyak dlm peti dari di buang baik campak je dalam asam pedas..he3*

AYAM MASAK DAUN KESOM


Ayam masak daun kesom

Bahannya

bahan-bahannya

1 ekor ayam (di potong kecil)
daun kesom
10 tangkai cili kering di mesin halus
4 ulas bawang putih-di tumbuk halus
6 ulas bawang merah-di tumbuk halus
kunyit hidup-di tumbuk halus
lada hitam-ditumbuk halus
halia-ditumbuk halus
asam jawa
air


cara-caranya

panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau.msukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak.masukkan asam jawa yang telah di gaul dengan air kacau masukkan ayam.biarkan ayam masak masukkn daun kesom garam dan serbuk perasa..siap untuk di hidangkan..

AGAR-AGAR GULA MELAKA


Agar-agar gula melaka

BAHAN-BAHANNYA:-
 
1 BUNGKUS AGAR2
7 CAWAN AIR
1 CAWAN GULA MERAH
1 CAWAN GULA PASIR
1 BIJI TELUR*
1 KOTAK SANTAN (YANG SEDANG BESARNYA)*

BAHAN YANG BERTANDA * KISAR BERSAMA..
CARA-CARANYA:-

DIDIHKAN GULA MERAH BERSAMA AIR(SAYA LETAK DAUN PANDAN SEKALI HIK3 IKUT RESEPI TUANNYA NI X DER LAK TULIS LETAK DAUN PANTAN)..KEMUDIAN TAPIS..DIDIHKAN AGAR2..MASUKKAN GULA MERAH DAN GULA PASIR..KEMUDIAN MASUKKN TELUR YANG DI PUKUL DENGAN SANTAN TADI DAN KACAU SENTIASA..DAH GELEGAK MASUKKAN DALAM LOYANG DAN SEJUKKAN..

PUDING KARAMEL TANPA TELUR


Puding karamel tanpa telur

Bahannya

BAHAN A:- 2 SENDUK GULA-UTK GULA HANGUS
     
BAHAN B:-1 BUNGKUS AGAR2
                2 1/2 CAWAN GULA
               
BAHAN C:-1 TIN SUSU CAIR
                 2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTARD
                 2 SUDU ESEN VANILLA
(CAMPUR KESEMUA BAHAN C DAN GAUL HINGGA SEBATI)

CARA-CARANYA:-

HANGUSKAN GULA CAM BUAT KARAMEL DAN KETEPIKAN..DALAM PERIUK DIDIHKAN BAHAN B GUNAKAN API YANG KECIL SETELAH AGAR2 TD NMPK DAH CAIR MASUKKN BAHAN C DAN KACAU RATA SEHINGGA ADUNAN NAMPAK LIKAT DAN PEKAT..MATIKAN API TUANG ADUNAN DALAM ACUAN YANG BERISI GULA HANGUS..BEKU KAN SEBENTAR DAN BOLEH LAH DI POTONG DAN DI HIDANGKAN..

SAMBAL GORENG TEMPOYAK


Sambal goreng tempoyak

bahannya:-

sengenggam ikan bilis-di basuh
sengenggam cili padi-di kisar
1 1/2 sudu besar tempoyak

cara2nya:-

tumbuk ikan bilis..setelah hancur pecah2 masukkan tempoyak dan tumbuk lagi..tumis ikan bilis yang telah di campur dengan tempoyak dan masukkan cili padi kisar..kacau sehingga masak..sedap di makan dengan nasi panas..

* sy mkn dengan ns dan ulam je kalau ada ni..ni adalah dr suami sy..suami yg ajar masak ni..*

STICKY CHICKEN WITH HONEY


 Stickey chicken with honey

bahan-bahannya:-

12 keping kepak ayam-belah 2 jadi 24(tapi sy xgn kepak sy bedal je mn yg ada)
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih-di cincang
1/2 inci halia-di cincang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam(sy x guna serbuk sy tumbuk lada hitam sndr)
1 sudu besar sos ikan(sy xguna pun)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu sos cili
1.4 cawan madu

cara-carany:-

masukkan minyak dan goreng ayam begitu sahaja sehingga airnya kering dan berubah warna..masukkan bawang putih,halia dan ayam kacau dan goreng selama 5 minit..kemudian masukkan semua sos dan madu..kacau sekejap dan tutp kuali..selalu kacau supaya tidak hangit..kacau sehingga 15 minit @ sehingga semua ayam bersalut dengan sos..siap untuk di hidang..