Thursday, June 30, 2011
WARKAH CINTA UNTUK SUAMI
Dengan lafaz Bismillah
Aku memulakan bicara
Menyusun kata buat kekasihku, suamiku…
Kakanda,
suami pujaan hatiku…
Di kala bait-bait puisi ini kurangkaikan
Dadaku terlalu berat
Nafasku sesak…
Ku rasakan hari merangkak lambat
Manakala kita tidak saling bertemu
Gunung kerinduan seakan-akan runtuh
oleh arus perpisahan yang menerjang
lautan dilihat sempadan
begitu zalim memisahkan
kau dan aku
Di dasar ketulan daging berwarna merah kehitaman,
Terbit rasa hiba yang mencuit nostalgia pilu,
Kerinduan tidak dapat dibendung lagi
Ketulan darah kehitaman
antara ketulan daging yang berdegup
Dan rongga yang bernafas itu
Serasa dicucuk koyak
Dan cairan merah pekat
Mengalir di mana-mana
Suamiku, kekasihku…
Tetapi usahlah kau gundah
Kerana aku isterimu
Sudah bisa mengerti
Pengorbanan kasih sucimu
Dan kerinduan itu bukanlah apa-apa
Hanya sekelumit gelora
Yang menguji cinta suci kita
Aku redha
Demi Tuhan Yang Maha Mengetahui
Suamiku…pujaan hatiku…..
Di kala kedua bibirmu
Bergetar melafazkan akad
Aku sudahpun meletakkan dirimu
Sebagai raja dihatiku
Mana mungkin kumungkiri lafaz itu
Kerana martabatku
Kau lonjakkan ke persada mulia
Maruahku
Kau junjung ke puncak persona
Dari saat itu,
Jangan sesekali kau ragui cintaku kerana
jiwamu adalah hidupku
nafasmu adalah nadiku
tawamu adalah kebahagian
tangismu adalah kedukaanku
Kakanda, suamiku…
Ingin aku lafazkan janji
Sebagai isteri kepadamu,
Inilah hak-hak mu ke atas diriku:
Pertama
Akan ku patuhi kehendakmu
Tapi jangan engkau ingkari syariat-Nya
Kedua
Akan ku terima dirimu sepenuh hatiku
Kurangmu kuredhai lebihmu kusyukuri
Ketiga
Akan ku layani mu setiap detik
Sehingga nafasku yang terakhir
Keempat
Keizinanmu ku pohonkan
Agar langkahku ke syurga tidak pincang
Kelima
Kemampuanmu ku kagumi
Kerana engkau suami yang aku hormati
Keenam
Pemberianmu ku syukuri
Jerih perihmu aku hargai
Ketujuh
Keindahanku hanya untukmu
Nikmatilah sepuas hatimu
Agar langkah kita tidak pincang
Berjalan tidak tempang
Larian kita tidak songsang
Maka berikanlah hak-hakku ke atas dirimu:
Pertama
Berikan aku mahar mu
Itulah isyarat kewajipanmu
Kedua
Layani aku bagaikan permaisuri
Kerana aku pilihanmu
Ketiga
Berikan aku nafkah yang halal
Kerana aku tak mampu tanggung azab neraka
Keempat
Berlemah lembut dan sabarlah terhadapku
Kerana aku wanita lemah
Kelima
Didiklah aku dan anak-anakmu
Kerana engkau pemimpin ke jalan syurga
Suamiku…
Demi keluarga sakinah
Yang penuh mawaddah dan rahmah
Izinkan aku
Untuk terus berada di sampingmu
Menjadi penghiburmu
Di kala sedih
Menjadi penyembuhmu
Di kala sakit
Menjadi penglipur laramu
Di kala sunyi
Menjadi tasik madumu
Di kala kau di puncak kerinduan
Jangan kau zalami aku
Dengan memisahkan aku
Jauh darimu
Kerana redhamu
Aku dambakan
Untukku menuju
Ke syurga bahagia
Sebagaimana Yang Allah
Telah janjikan kepadaku
Suamiku….kekasihku
Aku mohon padamu
Dambakanlah aku
Sebagaimana Adam mendambakan Hawa
Hargailah aku
Sebagaimana Syah Jehan Menghargai Mumtaz
Nescaya aku akan…
Setia kepadamu
Sebagaimana Laila setia kepada Majnun
Mengagumimu
Sebagaimana khadijah mengagumi RasulNya.
Kakanda…suamiku…. kekasih hatiku…
Adinda ingin akhiri puisi ini
Sebagai tanda bermulanya langkah
Menjadikan dirimu, kakanda sebagai matlamat hidupku…
Jangan kakanda murka
Jika kata-kata ini menggetarkan amarahmu
Kerana niat adinda ikhlas
Mengungkapkan rasa cinta membara kepada mu Kakanda..
Semoga usaha kita menuju ke jalan bahagia
Dunia dan akhirat
Akan mendapat Keredhaan-Nya…
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang terdetik di dasar hati hamba-hambanya.
Tuesday, April 12, 2011
RINDU
Bersarang lagi rindu ini
bercanda di bibir hati
di taman nurani
lena rindu ini di ulit
resah membara
berlagu tulus
berdondang setia
belahan rindu berpadu
di dada nan syahdu
berpintal kalut
di pantai kemelut
rintihan rindu yang menahan
debur ombak yang menjulang
namun kesudian adalah jawapan
sebuah kasih yang terundang
aku kah yang bersuara itu
melafazkan cinta,kasih dan sayang
terkadang benci
cinta di kala hati berbunga riang
kasih di saat naluri berbaur ceria
sayang di waktu mentari nurani bersinar
dan benci pada kesilapan yang terlanjur
kini dalam mencorak panorama hidup
aku tewas dan rebah
bersama penyesalan
maafkan aku hati
aku dalam di lema menurut arahmu
mencari segaris cahaya
dalam kesuraman malam gelita
Monday, January 3, 2011
KASIH KITA
Tanggal DIsember berlalu
kau dan aku mengikat tali kasih
di taman percintaan kita yang jernih
panuh kerahmatan bertamu
milikku adalah dirimu dan
milikmu adalah aku
jejak januari kita di sini
membancuh hati nurani
walau berpelukan pancaroba
kita hadapi bersama
membaja suka duka
membentang panorama cinta
berbulan kita merencana bahagia
rona duka menjelma jua
walau di tepis perasaan yang bergelombang
kita kecundang
jatuhku di permatang penuh lumpur
kau menunjuk haluan
namun diriku dalam penasaran
amat menakutkan
benih cinta kita pernah tumpas
angkara durja tingkahku
sengsara dirimu tidak ku tahu
kau sendiri merasa
aku yang sebenarnya berdosa
sayangku
angin yang membawa arus
mencemari waktu kita
seharusnya kita merencana
pelangi hidup
namun petangku sering menjadi redup
kita melangkahi hari demi hari
sayang,kau kesepian
aku kebuntuan
kita bercakaran dalam diam
rupanya api telah membakar sekam
mencari pengertian amat menyakitkan
menjejak faham sungguh mencengkam perasaan
kita yang malang
terkapai dalam kedukaan
suatu masa kita mencari sekata
namun kita di hidang di lema
prasangka membuka cerita
kerana dia yang pemusnah
cinta kita telah di panah
kerana dia yang di rasuk dendam
cinta kita telah kecundang
mana mungkin sayang
aku membiarkan permata ku
jatuh di hempas batu
demi sayangku tidak terperi
kau jejaki di dalam hati
walau sukar untuk mengharung api
kau ku hajati
mac yang menjelang
pastinya tidak akan aku ulang
jiwa menahan tikaman sepi
perit tidak terperi
lenamu menyusuri hari
saban hari menghitung erti
kusedari pasti yang terjadi
memang takdir ilahi
tetapi tekad di hati
tak sudi lagi ku ulangi
kini segalanya terencana
kita di puncak bahagia
puncak segala cita-cita kita
cinta kuta
bersemi lena bertakhta
moga selamanya
Amin..
ANAKKU
Engkau makin dewasa
beranikah diri untuk berdepan
segala cabaran dan dugaan
Jika ada seorang lelaki
datang mencurahkan rahsia hati
engkau jangan mudah percaya
kerana lelaki kota
bijak bermain kata-kata
pandai bermadah dan berseloka
untuk menjerat mangsa
engkau akan selamat
dunia dan akhirat
sekiranya pesan orang tua
selalu di ingat di mana-mana
jangan tinggal solat
benteng cegah segala maksiat
dan tanda kita mengingati allah
tempat untuk kita berserah
engkau harus jadi orang bijaksana
tahu membezakan dosa dan pahala
tahu mana intan dan mana kaca
KASIHMU
Pagi yang membawa pesan
telah singgah di hati
untuk mengungkap janji-janji
yang tersusun sekian lama
di sanubari
pabila jiwa menuntut pasti
maka bertebaranlah salju kasih
yang mula tumbuh
setelah di baja sayang
di siram pengorbanan
di petik kebahagiaan
wahai suami
inilah hadiahku
yang bersulam rindu
berukir salju
berpercikan kasturi
santapan nurani
suami
sentuhan kasihmu
membawa getar di batinku
sinar di jendela hatimu
membuah rasa di nuraniku
sulaman rindu yang mengunjungiku
membasuh resah yang membuak di jiwaku
semerbak wangian cintamu
melingkari tunjang kalbuku
suami
kasihmu yang menjamah
getar di batinku membelah
cahaya hatimu yang menyuluh
layar nuraniku berlabuh
rindumu yang bertandang
resah di jiwaku mula kecundang
cintamu yang setulus murni
tunjang kalbuku mula bersemi
RASA CINTA
Saat hati bersuara
perasaan merencana suasana
dan jiwa menyanyikan lagu nostalgia
membawa aku mengenal cinta
di sebalik rekahan rasa
yang sering bergetar
Saat aku mengenal cinta
halus nurani mengecap rindu
sepi malam sering bertamu
terbuai-buai di belaian kalbu
lalu tercipta warna pelangi
mewarnai hari yang berlari
Saat menyerahkan cinta
debar hati menafsir kata
dia untuk selamanya
bertahta
dia untuk selamanya
menjadi pelita jiwa
bernada dalam pelukan bahagia
Friday, December 31, 2010
Buat tatapan suami ku yang ku kasihi
Abang
di sini aku meluah kan segala
apa yang telah daku rasa
harapanku andai daku pergi
dahulu sebelum mu
janganlah lupa membaca segala kamus hidup
yang telah tersimpan di sini
Abang
hari-hari yang ku lalui
setelah pemergianmu demi tugas
cukup membosan kan
tambahan pula bila
kehadiran malam menambahkan lagi
keresahan dan kerinduan
kian hari kiah parah menggamit
tangkai hati
cuma di saat itu hanyalah
sekalung doa kudus yang
dapat aku panjatkan kepada allah swt
supaya memberikan taufik hidayah
dalam kehidupan kita yang sering
terpisah jauh
menuju kehidupan yang penuh dengan pancaroba
tiap detik yang ku lalui cukup
menyeksakan batin ini
kau perlu tahu dalam menghadapi
kesakitan dan keletihan
hnya ciuman,ucapan sayang terima kasih
dan perhatian mu dapat memberikan aku
kekuatan dan menghilangkan
segala keperitan yang aku hadapi
Abang
ketahuilah aku terlalu menyayangi
dan menyanjungi mu
kesabaran,kemesraan dan layanan
cukup istimewa buatku walau
sesekali karenah isterimu ini
mencabar kewibawaan mu
bagi isterimu ini teguran mu
yang lembut dan juga sifat
penyayang mu itu tiada ternilai
dengan emas permata
dan ianya amat berharga buat isteri mu ini
Abang
singgah lah di ruang hati ini
untuk menatap namamu yang terpahat di sini
wajahmu selalu di mindaku
namamu sentiasa di bibirku
seikhlas kasih ini
sejernih sang bayu yang kau hirup
bimbingilah aku sambil memegang erat
tanganku meredah lautan gelora
memperjuangkan cinta ini
hingga ke titik akhir nafas kita berdua
Abang
izinkanlah aku menjadi lilin
yang memberikan cahaya buatmu
bawalah daku dalam pelukan mu
bawalah daku meredah mimpi malam mu
sesungguhnya dikaulah permata
yang menerangi segala kegelapan
hidup ku ini
diriku dan diri mu telah bersatu dalam janji
bersatu dalam hati
indahnya di buai cinta ini
bersama denganmu
Abang
telah ku hayunkan sayang
di tiap langkah mu
kaulah payung naungan keteduhan ku
tanpamu bagaikan nakhoda tak berkemudi
bagai hidup tanpa cahaya
bagaikan layang-layang
terputus talinya
tiap kenangan bersama adalah suatu
saat indah untuk di ingati
Abang
terlalu banyak kenangan kita bersama
yang telah tercoret di warkah yang lalu
tapi aku tak akan biarkan kenangan itu
terus menyepi di telan arus masa
walau aku tahu ianya tak mungkin akan berulang
bernarlah kata pujangga
patah tumbuh hilang berganti
namun kenangan itu tak mungkin
akan tumbuh atau berganti
Abang
tanpa pili dan sengsara
kita akan tenang
menyusuri dunia yang penuh
pancaroba ini
untuk menyemai erti kasih sayang
menyulam rasa kerinduan
merungkai intan dan kaca
Abang
walau adakalanya pekerti mu
adakala mengguris hari nurani ku
tetap merisik perasaan aman dalam kamar hati ini
semoga hadirnya kebahagiaan bersamamu ini
mampu memadam kan sejarah hitam yang ku lalui
Abang
di saat airmata mengalir membasahi
dua pipi
"si dia" berlalu pergi meninggalkan
resah berpanjangan
terpalit sudah sengsara dari jiwa
bernama perempuan
perempuan
sebenarnya tebal nilai setia
di sisi suami mahu pun kekasih
biar pun berada di mana jua
perempuan tetap tabah
mengharungi duri kehidupan
dalam suka dan duka
fahamilah rintihan hati seorang perempuan
Abang
maafkan aku andai dikau terguris hati disaat membacanya
isterimu ini juga ingin dikau memahami segala
yang tersirat di hati
maafkan aku sekali lagi
andai selama ini daku menyusahkan mu
halalkan segala pemberian mu termasuk cinta dan kasih sayang mu itu....
Subscribe to:
Posts (Atom)