Monday, January 3, 2011
ANAKKU
Engkau makin dewasa
beranikah diri untuk berdepan
segala cabaran dan dugaan
Jika ada seorang lelaki
datang mencurahkan rahsia hati
engkau jangan mudah percaya
kerana lelaki kota
bijak bermain kata-kata
pandai bermadah dan berseloka
untuk menjerat mangsa
engkau akan selamat
dunia dan akhirat
sekiranya pesan orang tua
selalu di ingat di mana-mana
jangan tinggal solat
benteng cegah segala maksiat
dan tanda kita mengingati allah
tempat untuk kita berserah
engkau harus jadi orang bijaksana
tahu membezakan dosa dan pahala
tahu mana intan dan mana kaca
Labels:
SAJAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment