Tuesday, December 15, 2015

Sira Pisang


Bahannya
1 sikat pisang nangka/berangan
Gula secukupnya (ikut manis disukai)
Beberapa kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan - simpul
Caranya
Pisang di potong..Masak air dengan gula,bunga cengkih dan daun pandan sehingga gula hancur dan mendidih.Akhir sekali masukkan pisang. Masak dengan api perlahan sehingga pisang lembut.. Bolehlah diangkat dan disejukkan. Sedap dimakan sejuk sejuk sebaik dikeluarkan dari peti sejuk.






Sumber kak izzah muffin


LEPAT LIAT

2 - 2 1/4 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula merah
1 cawan air
sehelai daun pandan
daun pisang
1 cawan kelapa parut putih
sedikit garam
minyak masak

Cara membuatnya :
1.Masak gula merah dengan air dan daun pandan -sejukkan
2.Sediakan kukusan,inti kelapa(kelapa+sikit garam halus) dan daun pisang.
3.Tepung pulut dicampur dgn secawan air gula yang ditapis dan dikacau sebati
4.Letakkan sesudu makan adunan di atas daun kelapa yang disapu sikit minyak dan ratakan.Letakkan inti kelapa .Balutkan kuih ini seperti membalut lepat pisang.
5.Kukuskan lebih kurang 15-20 minit dgn api sederhana.

Friday, October 23, 2015




Nasi dagang terengganu
Bahannya
Nasi
Bahan-bahan:
1 kilo beras dagang-rendam semalaman
 sepot(pot rice cooker)pulut-rendam semalaman
2 biji kelapa-saya guna santan kotak yg sedang*
10 ulas bawang merah - dimayang halus*
2 in halia - mayang halus*
1 sudu besar halba*
1 sudu besar garam*
(satukan bahan bertanda)
Cara membuat:
Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.
Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.
Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan dan kacau rata.Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.Kukus lagi hingga 15 minit @ nampak wap nya keluar..Keluarkan nasi dan buat lagi hingga 3x buat ulang2..Dan akhir skl kukus hingga masak..
Gulai Ikan Aye
Bahannya

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg)
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air)
8 gram rempah masak cap bunga rose Sy guna je rempah kari ikan babas
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia -kisar
2 hiris lengkuas -kisar
2 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa-sy guna gula nise sekeping
10 biji cili kecil
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap.
(sy lebih suka rebus ikan dgn asam keping yg lebih br ada umphhh)
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. Masukkan cili padi. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.
Acar timun
Bahannya
Timun - hiris memanjang
Karot - hiris memanjang
1/2 biji bawang besar
Gula
Cuka secukupnya
Garam
Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.
Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur. Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.
Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.

Saturday, October 10, 2015

Kuih Tepung Bungkus




Tepung bungkus
Bahannya
Bahan-bahan (inti):
1 biji kelapa inti - diparut
(cara menentukan kelapa yang sesuai untuk membuat inti ialah kulitnya hijau, sabutnya masih basah dan tempurungnya belum hitam)
2 keping gula Melaka
Sedikit gula merah India (jika gula Melaka agak pudar warnanya)
Daun pandan
Gula putih secukupnya
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam
Cara-cara:
Masak air dengan gula. Masukkan daun pandan.
Jika menggunakan gula merah India, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.
Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
Tambah gula putih jika masih kurang manis. Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit. Perasakan dengan secubit garam.
*Inti kuih memang agak manis, sebab itu ia agak melekit dan mudah digentel. Jika kurang manis, inti akan sedikit berderai. Begitu juga jika kelapa yang agak tua, menyebabkan inti sedikit berderai walaupun telah dicampur dengan tepung.
Sejukkan sebentar dan gentelkan anggaran sebesar duit sepuluh sen.
Bahan-bahan pembalut inti (tak tahu nama sebenar part ni)
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung pulut hitam *jika gunakan pulut putih sahajapun tak jadi masalah
Air secukupnya
Cara-cara:
Bancuh tepung dengan air hingga adunan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperkan dan balut inti. Buatkan seperti bebola. Ketepikan.
(sy x guna tepung pult hitam)
Bahan-bahan badan kuih (Aduh tak glamer langsung nama)
1 ½ cawan tepung beras
6 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Daun pandan
Cara-cara:
Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.
Masukkan garam dan daun pandan.
Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental. Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit berketul-ketul, jangan khuatir. Kacau cepat-cepat dan bila adunan ini masak, ketulan tersebut akan hilang.
Cara untuk assemble kuih :
Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih.
Cedokkan ke atas daun pisang yang telah dilayur.
Buat dua biji untuk menepati panggilan kuih puteri dua sebilik. Jika kuih puteri satu asrama, letaklah berbiji-biji lagi. LOL.
Bungkus dengan kemas.
Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus, biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.

Monday, September 14, 2015

Onde Onde Keledek

Onde2 keledek
Sumber Kak yatie memories
Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2
Caranya
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

Thursday, August 13, 2015

Kerabu Suhun



Kerabu suhun..

Bahannya

50gm suhun
2 sb kacang tanah-di goreng dan tumbuk kasar
3 biji limau kasturi-di ambil airnya
garam secukup rasa

Bahan dihiris halus

7 biji cili padi
1 labu bawang besar
1 batang serai

Caranya
Rendam suhun dan celur dgn air panas..Kemudian toskan..Masukkan semua bahan dan gaul sehingga rata...Sedia di hidangkan..

*Boleh letak kentang rebus..

Sunday, July 12, 2015

Biskut Red Velvet



BISKUT RED VELVET
by: Kak Wan
Resepi asal: Cookingclassy.com

Bahan2
200 gm mentega
30 gm shortening
220 gm gula pasir (QH guna gula kastor)
1 biji telur gred A
300 gm tepung gandum (QH guna 150gm tepung gandum, 150gm tepung Redrose)
20 gm serbuk koko
50 gm tepung jagung
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
100 gm coklat chips putih (QH guna coklat chips twin)
100 gm badam nibs (QH tambah - badam ni nak letak lebih pon boleh)

Hiasan: Coklat chips putih secukupnya (QH guna coklat chips twin)

Caranya
1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.
4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.