Monday, October 27, 2014
Daging Goreng Ketumbar Jintan
Daging Goreng Ketumbar Jintan
Sumber:- Chef Joha
Bahanya
1kg daging di hiris nipis
3 sb biji ketumbar-sangai
1 sk biji jintan manis-sangai
1sk biji jintan putih
1 inci halia di kisar @ di tumbuk halus
4 ulas bawang putih di tumbuk halus
(bahan di atas di tumbuk halus)
1 sb serbuk kunyit
1 sk serbuk jintan halus dan ketumbar
garam secukup rasa
gula secukup rasa
kicap manis 2 sb
3/4 biji buah pelaga
1 biji bawang besar di hiris bulat
1/4 cwn air
1/2 cwn minyak masak
3 biji ubi kentang di hiris wedges-sy tak buh
Caranya
Gaul bahan tumbuk dengan daging bersama serbuk kunyit,serbuk jintan halus,ketumbar..Perap selama 2 jam..Bila hendak di goreng gaul dengan sedikit minyak dan kicap manis..Panaskan minyak dan goreng daging yang berempah tadi goreng hingga masak..Letakkan lagi kicap sedikit,masukkan bawang besar yang di hirisbulat masukkan kayu manis 1 batang,dan 3/4 buah pelaga..Goreng daging supaya garing dan sebati..Biarkan daging di kuali dengan api yang sederhana masukkan garam dan gula secukup rasa..Goreng ubi dan blh campur dengan daging..Saya masukkan cili padi sebagai tmbhn dan jg lada hitam..
Kuih Getuk Indon
Resepi ni suami saya ambil dari ibu sahabat beliau..Sedap..
Kuih Getok Indon
Bahannya
1 biji ubi kayu yg besar di kopek dan di sagat
Garam secubit
Gula merah di masak dengan sedikit air hingga betul-betul pekat
Caranya
Ubi kayu yang disagat di gaul garam dan di bulat2 kan terpulang nak besar ke kecik..Dh bulatkan goreng dengan minyak yang panas hingga garing..Angkat adunan masa tengah panas2 campak dalam air gula merah tadi golek2kan dia..Sejukkan..
*sedap sangat walau pertama kl sy makan..garing di luar manis di dalam sbb gula merah tu meresap ke dalam..dan paling best bl sejuk nampak mcm coklat sbb dia tak melekit kat tangan kita masa pegang..
Potato Fritters
Potato Fritters
Bahannya
3 biji kentang di sagat halus
4 sb tepung jagung
3 sb tepung gandum
1 biji telur
daun bawang
serbuk lada sulah
garam
aji
minyak masak utk grg
Caranya
Satukan kentang yang telah di sagat dengan tepung jagung,tepung gandum,daun bawang,serbuk lada sulah,garam dan aji..Gaul sebati..Panaskan minyak sudukan dan goreng agak2 leper..balik2kan..Tunggu sampai masak baru angkat,,
Say buat banyak kl dah dan pernah cuba kurangkan tepung jugak tetap jadi jugak..
Cucur Jawa
Cucur Jawa
Bahannya
1 1/2 cawan gula perang*
1/2 cawan gula pasir*-saya tak letak
2 cawan air*
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
sedikit garam
Caranya
Masak bahan bertanda hingga larut dan sejukkan..Bila dah sejuk tuang dalam adunan tepung dan garam kacau sebati dengan handwhisk..Perap adunan semalaman..Panaskan minyak sendukkan adunan dalam minyak dan goreng hingga tengah nya menggelembung baru terbalikkan..Goreng satu per satu hingga habis..
Tuesday, September 23, 2014
Sagu gumpal
RESEPI ASAM GUPAL / SAGUPAL BONDA
Bhn2:
2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
4 mangkuk santan
Sehelai daun pandan
Gula pasir secukupnya
Secubit garam
- masukkan sagu ke dlm bekas besar dan tuang air panas mendidih sdkt2 .
- buat hingga sagu blh dikepal dan ketepikan.
- masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula hingga mendidih.
- masukkan sagu yg telah dikepal td dan masak hingga sagu betul2 masak.
- sejukkan dan sedia dihidangkan.. senangkan...
(cara saya sagu tu sy rendam bg kembang dl..kemudian tapis bg kering air..sy ltk air panas sikit demi sikit..lepas tu saya tapis lagi dan sy cuba gumpal..bl dah blh kepal bulat2 bermakna sagu dh blh di rebus..sy masak air dlm periuk rebus sagu gumpal sampai masak br sy masak santan dalam periuk lain..ambil sagu yg masak tadi br ltk sagu tu dlm periuk..resepi ni sy jmp kat blog lain tp cara2 ni adalah ajaran dr mak saya)
Thursday, September 18, 2014
Sandwich Giada
Saya namakan dia sandwich giada sbb resepi ni dr rancangan giada at home..Memang sedap buat camni..
Bahan2nya
Roti gardenia-sapu butter
Asparagus
1 biji bawang putih-cincang
Tomato kecil di belah 2
1 biji telur
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
keju
hirisan ayam turki
Basil
Caranya
tumis bawang putih dahulu hingga naik bau baru masukkan asparagus gaul rata..masukkan secubit garam sesudu kecil serbuk lada hitam dan putih gaul rata lagi masukkan tomato..Ketepikan sayur pecahkan telur..Tutup api..Ambil roti yang di sapu butter letakkan hirisan ayam turki lepas tu baru letak adunan sayur kemudian cheese dan bakar dalam oven sampai cheese cair..Maaflah sy guna oven butterfly jd tak tahu berapa suhunya..
Semperit susu
Sumber kak reen khan..Tq kak..Sedap sangat..
BAHAN BAHAN
250GM BUTTERCUP
1/2 TIN SUSU PEKAT
100GM TEPUNG UBI
450 GM TEPUNG JAGUNG
1 SUDU TEH ESEN VANILA
UNTUK HIASAN
COKLAT CHIPS
COKLAT RICE
CARA CARA
1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL LAMA SANGAT..JIKA PUKUL LAMA BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG
2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
3.REEN GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI
4.BAKAR PADA SUHU 150C 15MINIT-20 MINIT REEN GUNA API BAWAH SAHAJA.
SUHU KENALAH FOLLOW OVEN MASING2 YE ..
Subscribe to:
Posts (Atom)