Sunday, July 20, 2014

Biskut Famous Amer Chocolate Chip Cookies



Sumber :- Chef Amer

Biskut Famous Amer Chocolate Chip Cookies

Bahannya

200 gm mentega-saya guna 250gm
50 gm shortening
70 gm gula halus-sy kurangkan ke 50gm
90 gm gula perang
1 sk esen vanilla
1 biji telur+1 kuning telur+ 1 sb susu cair-saya hanya guna 1 biji telur sahaja

Bahan B-di satukan semuanya

330gm tepung gandum-saya hanya guna 300 gm sahaja
10 gm serbuk koko
30 gm susu tepung-saya guna susu anak je
1 sk baking powder
1sk soda bicarbonat
100 gm coklat chip
100 gm coklat susu-di sagat -ni saya tak letak pun
80 gm almond flakes/almond nip sangai dl-ni saya guna badam yg panjang2 tu saya panggang dalam oven dl dan sy guna 120 gm
60 gm cornflakes-di ramas kasar..

Caranya

Bahan A :- Pukul mentega,shortening dengan kedua2 gula hingga berkrim..(saya hnya guna spatula je)..Masukkan esen vanilla dan telur lalu di pukul lagi..kemudian masukkan bahan B..(cara saya pulak..saya masukkan tepung dulu sikit2..kemudian baru saya masukkan badam,coklat chip dan cornflakes..). Saya gaul guna spatula sampai sebati kemudian saya ambil 1 sudu besar letak atas dulang pembakar..Jangan tekan2 dan jarakkan sbb biskut ni nnt akan mengembang..Bakar dalam oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 160c selama 20-25 minit..

sumpah biskut ni memang sedap di anak tekak saya.

ni rupa dia ye tgk sy xtekan pun biar je macam tu..

Sunday, July 13, 2014

Biskut Semperit

 

BAHAN BAHAN

200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan-sy letak terus 250gm
3/4 cawan gula icing-sy kurangkan
1 cawan tepung gandum,
1 cawan tepung jagung-sy tukar ke tepung ubi
1 cawan tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak
1 kuning telor
ceri merah ~ hiasan

CARA CARA

Putar butter , gula icing dan telur kuning hingge sebati aje
Masukkan 3 jenis tepung yang telah di ayak ~ tak ayak pun takpe
Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang, letak ceri merah
Bakar selama 15 minit pade suhu 170 C.

Biskut cornflakes


Biskut cornflakes

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising-sy letak 1/2 je
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara..
Biskut ni mmg rangup..seiyesss sedap..cornflakes byk tu yg sedap sgt tu..

Friday, July 11, 2014

Ayam Telur Masin



Bahannya

Perapan Ayam

beberapa ketul ayam
1 sk bwg putih blender
2 sb tepung ubi
3 sb tepung gandum
garam secubit
1 sb serbuk paprika

Gaul semua ni perap..

Bahan utk sosnya

3 biji bwg putih-di tumbuk
10 helai daun kari
cili padi -hiris ikut ye sp suka pedas letak lebih sikit
1 senduk ns susu cair
2/3 biji telur masin-rebus kemudian kopek kulit dia hancurkan isi dia

Caranya

Ayam di goreng garing dan kemudian ketepikan..Ambil marjerin 1 sb cmpur dgn minyak masak sedikit..Bila dah panas tumis daun kari dahulu baru bawang putih..Jangan lama tumis tu boleh masukkn telur dan susu..Kemudian masukkan ayam dan cili..Kalau suka boleh letak daun bawang ye..

Monday, July 7, 2014

Serunding kelapa



Sumber:- kak Rohana Sulaiman

Bahan
I biji kelapa buang kulit
3 biji Bawang besar*- lebih pun tak apa
3 ulas bawang puteh*
Cili kering terpulang berapa banyak*
1-2 btg serai *
udang kering sikit*
ketumbar biji sikit*
jintan kasar dan halus sikit*
2 biji buah keras*
lada hitam
gula merah dan gula pasir
garam
air asam
daun limau
daun pandan
daun kunyit
daun salam

Cara
Kisar kesemua yg bertanda* dan tumis hungga naik bau.... masukkan kelapa ...... air asam, garam dan gula.... masukkan daun salam, daun limau purut dan lebihkan rempahnya... agar terasa nikmat serunding ....goreng hingga kering sadikit....jangan terlalu kering ... basah2 sikit.
Serunding kalau pedas, manis dan masam... baru terasa enak.