Monday, March 17, 2014

Twisties



Bahanya

1/2 bungkus laksa kering-patah2kan dan grg hingga kembang toskan..

Bahan serbuk(blender kering)

5 sb nestum
1 sb serbuk kari daging(boleh tambah kalau nak pedas)
2 sb gula
1 sk garam

Caranya

Gaul keropok laksa tadi dengan bahan2 blender tadi..Siap..Senang kan..

(klik iklan utk tabung nuff sy ye)..

Kek Sarang Semut



Sumber:- Kak June Ahmad

Walau rupa tak cun mcm tuannya buat tapi rasa tetap sama mcm kek sarang semut yang lain..tq kak..Halalkn resepi sy copy paste ye..Tlg ye kwn2 nnt klik iklan untuk tabung nuff sy..

~kek sarang semut @ gula hangus...xyah perap~

bahan2:

1 cwn gula (xske manis blh kurangkan)
1 cwn air pans
2 sudu mkn butter/ majerin
-gula dimasak atas api perlahan hingga keperangan...
pastu masukkan air panas perlahan2...tutup api...
masukkan butter...sejukkan...

bahan kek:
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat (xsuke manis blh kurangkan)
4 bj telor
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

cara:
1) ayak tepung dan soda bikarbonat bersama...
2) pukul telor hingga kembang...
3) masukkan pula susu pekat...pukul lg hingga kembang dan masukkan vanilla...
4) masukkan bahan ayak td...pukul lg...
5) masukkan gula hangus td...kalau berketul, tapis dunan...kacau sebati.
6) lenser loyang ngan majerin dan tuang adunan...
8) bakar 40 minit suhu 160c...api bawah je...
9) dh msk tutup suiz dan biarkan di dlm oven selama 10 minit agar ia msk ngan haba sahaja...
10) kuarkan kek dan restkan 10 minit , baru potong...

Saturday, March 15, 2014

Ikan Keli Phad Peid



Sumber:- Majalah Rasa

Bahannya

10 ketul ikan keli
125ml santan segar
50gm asam jawa
300ml air bersih

Bahan kisar

100 ml minyak masak
50 gm cili kering
50 gm cili merah
50 gm cili padi
6sm kunyit hidup
10 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
5 gm lada itam
5 gm belacan
5 batang serai
6sm lengkuas
daun kunyit

caranya

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya..Kemudian masukkn santan bersama air asam jawa dan kacau rata..Biarkan sehingga kuahnya mendidih..Setelah itu masukkan ikan dan biarkan selama 20 minit sambil di kacau..Perasakan dengan garam dan taburkan daun kunyit hiris..Sedia di hidang..

Jangan lupa klik tabung nuf sy ye..syg u all..

Masalode



Bahannya

2 cawan kacang dhal direndam semalaman atau sekurang2nya 5 jam, kemudia toskan airnya
 Kisar samada menggunakan food processor ataupun blender. jangan masukkan air walaupun sedikit.(cara saya blender guna yg blender kering tu..
1 sk halia kisar(saya tak masukkan)
2sb bawang putih kisar
setengah biji bawang besar yang dihiris halus
cili padi hiris(sy tmbh)
cili kering sy gunting (ni pun sy tmbh)
telur sebiji
garam
daun kari

caranya

Gaulkan semua bahan dengan dhal yang telah dikisar bersama-sama barang sesudu kecil garam mengikut rasa lah..Bentukkn bulat2 dan goreng..

psttt tlg klik iklan utk tabung nuff sy ye..terima kasih shbt2 semua..

Friday, March 14, 2014

Char kuew teow



Bahan utk 2-4 org

UTK PASTE

200 gm udang
250 ml air
4 ulas bwg putih di ketuk
6sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
2 sk garam(sy xletak sy guna sos tiram)
1 sk gula

UTK KUEW TEOW

300 gm kuew teow
1 sb cili giling
kerang/udang
sedikit kucai dan taugeh
2 biji telur

caranya

UTK PASTE

Rebus udang dgn air..bila udang hampir masak angkat udang dan toskan airnya..air rebusan jangan di buang..kupas udang..asingkn kepala udang tu dan kisar bersm air rebusan tadi..Tapis dan ketepikan air pati udang tadi..Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi reneh hingga menjadi paste yang agak pekat..Matikan api dan biarkan paste sejuk dan boleh lah di simpan di dalam fridge..

UTK KUEW TEOW

Tumis lada boh(sy tumis bwg putih skit bg naik bau br buh cili) hingga naik bau dan masukkan 4 sb paste td..Masukkn udang yang telah di rebus dengan kerang..Biasanya penang char kuew teow agak berkuah so letak sikit air dalam 1/2 cwn..Air didih masukkan kuew teow,kucai ,taugeh dan kacau rata..Pecahkan telur kacau dan boleh lah di angkat..

Pastikan proses memasak char keuw teow ni api mesti kuat biar berasap kuali..ms menumis biar api tu masuk smpi ke dlm kuali br lah rs asap tu masuk dalam kuew teow ni..hu3 tlg klik iklan ye kwn2 sekalian..

Pisang Goreng Cheese



BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter 
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng 

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING
Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA MEMBUATNYA;
1/. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2/. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).
3/. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.


Kalau nak buat byk gandakan semua bahan ye lover2 semua..erm jgn lupa ye tlg klik iklan..kikikikikiki

Thursday, March 13, 2014

Bihun Singapore



Resepi Bihun Goreng Singapore
Bahan-bahan
setengah bungkus bihun (di remdam sampai lembut)
5 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
sedikit ayam dipotong kecik-kecik
3 sudu besar sos tiram
1/2 ketul kiub ayam maggi
sedikit garam
serbuk lada hitam (mesin or tumbuk)
cili padi (optional)
karot (dipotong halus-halus secara memanjang)
kubis @ ape-ape sayur (dipotong halus)

bahan bertanda * dimesin

Cara-cara
- masukkan sedikit minyak dalam kuali...tumis bahan mesin...
- bila dah naik bau masukkan ayam...biar sampai ayam masak
- masukkan sos tiram, kiub ayam, garam, serbuk lada hitam...kacau seketika
- masukkan segala sayur
- bila kuah dah nampak macam nak kering masukkan bihun...kacau sebati
- kalau nak boleh masukkan telur dadar yang di potong kecik-kecik...siap..

sy guna je bahan apa yang ada..ehek3..pls ye kwn2 klin iklan..

Cucur jagung



5 batang jagung di hiris
1 biji bawang besar
1 pokok daun bawang
1 cwn tepung gandum
air(agak2 je ms bancuh)
garam secukup rasa


Caranya:

Gaul semua skl bahan2 ni..Pastu grg dalam minyak yang panas..selalu balik2kan dia..

Serunding Daging



Sumber :- kak Rohana Sulaiman

SERUNDING DAGING - Rohana Sulaiman

Bahan
Daging lembu tanpa lemak dan urat
Cili kering*
Bawang besar*
Bawang puteh*
Serai*
Ketumbar biji* (biar terasa ketumbar sikit)
Jintan kasar dan halus sikit*
Buah keras sikit*
Lada hitam sikit*
Kunyit hidup*
Halia*
Garam
Gula
Air asam dan asam keping
Daun salam
Daun Limau purut
Daun kunyit

Cara
Rebus daging dan masukkan sadikit halia dan rebus hingga empuk. Kemudian disiat2 dan buang urat jika ada. Tumbuk2 dng lesung supaya halus sikit. Ketepikan.

Kisar kesemua yg bertanda* dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula. Masukkan juga daun salam, daun limau purut, kunyit dan lebihkan rempahnya. Masukkan daging tadi dan goreng hingga sebati dan jangan terlalu kering.
Biar ada pedas dan manis.


(pstttt, nampak x daging tu tebal2..kikikikiki kes malas nak tumbuk..rupa xcun terus..kebetulan ms ni tgn pun kebas gile(kencing manis)..wlu tebal2 dagingnya tp sedap tq kak rohana sulaiman..love laling..ermm tlg klik iklan2 ye kwn2)

Wednesday, March 5, 2014

Jejari Roti Telur


Sedap buat cmni anak2 semua igt nugget..kikikikikiki


Sumber kak ayu jalinan rasa

Jejari roti telur

bahannya

BAHAN-BAHAN:
5 keping roti - digelek hingga nipis dan dibelah 2
Sebiji telur grade A
Serbuk roti oren secukupnya

CARA-CARA:
1. Ambil roti, celup di dalam telur & salutkan dengan serbuk roti..
2. Goreng dalam minyak panas hingga keperangan²an, angkat dan hidangkan bersama sos & mayonis.